Dealer Registration

Terma & Syarat pengedar

  1. Pengedar mestilah berumur 18 tahun dan ke atas mengikut terma dan syarat syarikat.
  2. Kesemua produk Sendayu Tinggi adalah milik sah Sendayu Tinggi Beauty & Health (M) Sdn Bhd dan Sendayu Tinggi Make up & Fragrance (M) Sdn Bhd.
  3. Caj pendaftaran bagi pengedar adalah sebanyak RM1,000.00 yang mana hanya boleh dilakukan di laman web Sendayu Tinggi sahaja.
  4. Bagi pendaftaran Pengedar di web Sendayu Tinggi, baucer pendaftaran berjumlah RM1,000 akan dihantar pada emel yang berdaftar selepas selesainya proses pendaftaran tersebut yang mana penggunaan baucer tersebut hanya boleh dilakukan di website Sendayu Tinggi sahaja.
  5. Kesemua tempahan pesanan mesti dibuat melalui laman sesawang ST atau belian terus di mana – mana outlet ST yang berdekatan.
  6. Semua pesanan akan diproses selepas pembayaran penuh dibuat kepada pihak syarikat melalui tunai/ kad kredit dan perbankan atas talian.
  7. Pengedar perlu membuat pembayaran atas tempahan yang dibuat sebelum pesanan diproses dan penghantaran dilakukan
  8. Penukaran kod produk, penukaran dan pembatalan pesanan tidak dibenarkan sama sekali. Sila semak pesanan anda sebelum pembayaran dibuat.
  9. Pengedar perlu menyemak stok pesanan yang diterima. Sebarang aduan terhadap kerosakan dan kehilangan produk perlu dibuat dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan pesanan oleh pengedar. Pengedar perlu sertakan salinan invois asal semasa pemulangan produk dilakukan. Selepas dari 3 hari, sebarang aduan tidak akan dilayan.
  10. Pemulangan produk hanya dibenarkan untuk produk rosak dari segi kecacatan pada pembungkusan, kekurangan sachet , terdapat perubahan pada bentuk fizikal produk dan apa apa sebab yang dianggap relevan untuk pemulangan semula.
  11. Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk produk yang mengalami kerosakkan akibat bencana alam seperti banjir, gempa bumi, keadaan cuaca , kelalaikan, kelewatan penghantaran oleh pihak kurier dan sebagainya.
  12. Pengedar perlu aktif membuat pembelian sekurang – kurangnya 3 BULAN sekali dengan jumlah minima RM200 ke atas
  13. Mana – mana pengedar yang tidak membuat pembelian dalam tempoh 3 bulan berturut tanpa sebab, pihak ST berhak untuk menggantung keahlian pengedar tersebut dan dikategorikan sebagai pengedar tidak aktif.
  14. Pengedar wajib mengemaskini maklumat diri termasuk ID yang digunakan di media sosial pada Januari setiap tahun di mana-mana outlet Sendayu Tinggi atau secara online.
  15. Sekiranya mana-mana pengedar yang dikategorikan di bawah pengedar tidak aktif ini masih berminat untuk menjadi pengedar ST,mereka perlu membuat pembelian sekurang-kurangnya RM250.00 dan perlu memastikan pembelian dibuat dalam tempoh 3 bulan berturut.
  16. Pengedar boleh menjual produk ST di laman belian online seperti Shopee,11th Street,Lazada dan lain – lain menggunakan akaun yang dinyatakan semasa pendaftaran pengedar. Jika pihak ST mendapati produk kami dijual di laman belian online menggunakan akaun lain, tindakan akan dikenakan.
  17. Adalah ditegah untuk mana-mana pengedar menjual produk ST dengan harga jauh lebih murah dari harga ahli.
  18. Pengedar juga dilarang sama sekali untuk membuat pembungkusan semula (repacking) bagi setiap produk Sendayu Tinggi tidak kira apa-apa alasan pun.
  19. Sebarang bentuk jualan yang dilakukan oleh pengedar di laman belian online seperti Shopee,11th Street,Lazada dan lain – lain perlu menggunakan harga minima iaitu harga ahli sahaja. Penggunaan harga di bawah harga ahli dengan tujuan untuk manipulasi harga akan menyebabkan ID pengedar disekat oleh pihak ST dan status pengedar akan ditamatkan serta merta dan dihalang untuk mendaftar sebagai pengedar ST di masa hadapan.
  20. Pengedar dilarang sesekali untuk bermain harga dan tidak mengikut harga yang telah diselaraskan oleh pihak HQ.  Jika didapati mana – mana pengedar berbuat demikian dengan bukti kukuh, status pengedar akan ditamatkan serta merta dan dihalang untuk mendaftar sebagai pengedar ST di masa hadapan.
  21. Pihak ST mempunyai hak untuk melucutkan hak kepada mana-mana pengedar yang ingkar pada penjualan di bawah harga ahli ATAU tidak mematuhi mana – mana terma dan syarat sebagai pengedar.
  22. Sebarang perubahan pada butiran peribadi perlu dikemaskini secara ONLINE. Ini untuk memudahkan pihak ST mengemaskini data pengedar yang berdaftar.
  23. Sebarang  pertanyaan dan masalah berkaitan pendaftaran dan pembelian secara online (laman web) sila emelkan kepada support@sendayutinggi.com atau boleh ‘chat’ di laman web ST.
  24. Pengedar bertanggungjawab menjaga kredibiliti produk dan imej syarikat ST
  25. Pengedar digalakkan untuk memuat turun applikasi 'Telegram' dan akan dijemput masuk dalam kumpulan pengedar-pengedar Sendayu Tinggi. Segala makluman terkini hanya akan dibuat di dalam kumpulan pengedar Telegram
Back to top