Luxe Pro Mini Brush Set

  • RM85.00
  • Availability:In Stock
  • Product Code: LUX

  • Luxe Pro Mini Brush set adalah set berus solekan lengkap untuk memberi kemasan solekan sempurna kepada setiap inci wajah.
  • 5 berus khas untuk wajah bagi menyempurnakan sapuan bedak asas, kontur, highlight dan bedak kompak semasa solekan
  • Untuk solekan mata pula, 7 jenis berus khas untuk aplikasi pembayang mata yang kemas dan sempurna.
  • Luxe Pro Mini Brush Set dilengkapi dengan 12 jenis berus dimana setiap batang berus mempunyai fungsi yang tersendiri untuk kemasan solekan yang sempurna.
  • Setiap batang berus dilengkapi dengan bulu sintetik nylon berkualiti tinggi yang lembut dan tidak mudah tercabut serta hadir dengan bag dari PU Leather yang dicipta khas untuk menyimpan Classic Eyes Brush Set ini.
  • Bulu berus sangat lebat, lembut, tidak mudah tercabut dan mampu “mengangkat dan menyerap” produk yang dibaur pada wajah.
  • Pembuatan berus ini adalah dengan penuh teliti untuk mendapatkan kualiti yang terbaik bagi setiap keluarannya
  • CRUELTY FREE & VEGAN MAKEUP BRUSHES

  • Set terdiri daripada :
    • Powder Brush
    • Face Definer Brush
    • Face Creme Brush
    • Concealer Brush
    • Smokey Shader Brush
    • Precise Shader Brush
    • Angled Liner Brush
    • Highlight Blending Brush
    • Smudge Pencil Brush
    • Spoolie Brow Brush
    • Petite Liner Brush
    • Shade Sweeper Brush

1. POWDER BRUSH

Bulu berus yang lembut amat sesuai untuk menyapu bedak ‘loose’ atau ‘compact’ pada keseluruhan wajah.


2. FACE DEFINER BRUSH

Berus serong ini dicipta khas untuk meratakan bedak kontur pada atas pipi dan tepi muka untuk membentuk tulang pipi dan wajah.


3. FACE CREME BRUSH

Direka khas untuk pemakaian ‘foundation’ bagi memberi litupan yang sekata pada wajah. Gunakan juga untuk sapuan ‘concealer’ atau sebagai berus ‘baking’.


4. CONCEALER BRUSH

Berus berbentuk leper ini dikhaskan untuk sapuan concealer untuk menyembunyikan lingkaran gelap bawah mata dan ketidaksempurnaan wajah. Boleh juga digunakan bersama mana-mana produk bertekstur cecair.


5. SMOKEY SHADER BRUSH

Menyekatakan sapuan eyeshadow supaya kelihatan lebih berkabut. Bulu berus yang lembut dan sedikit mampat membantu mengawal sapuan eyeshadow pada hujung mata.


6. PRECISE SHADER BRUSH

Berus bersaiz kecil dengan hujung yang mampat & leper khas untuk aplikasi eyeshadow atau concealer yang lebih terperinci pada kawasan mata.


7. ANGLED LINER BRUSH

Berus berbulu pendek dan serong ini memudahkan kening dibentuk dengan kemas. Boleh juga digunakan sebagai berus celak untuk efek ‘wing liner’ 


8. HIGHLIGHT BLENDING BRUSH

Permukaan berus yang sedikit kembang membantu sapuan highlighter pada kawasan wajah seperti tulang pipi, hidung dan tulang kening.


9. SMUDGE PENCIL BRUSH

Berus dengan bentuk seakan pensel ini sesuai untuk sapuan produk jenis cecair atau krim pada kawasan kelopak mata. Gunakan teknik ‘smudge’ untuk dapatkan solekan mata yang lebih memukau & galak.


10. SPOOLIE BROW BRUSH

Berus seakan sikat untuk merapikan kemasan kening dan juga membaur produk kemasan kening seperti gel & wax untuk menyempurnakan solekan kening.


11. PETITE LINER BRUSH

Berus  tirus kecil ini direka khas untuk aplikasi celak dan juga teknik ‘eyewing’. Sesuai juga digunakan sebagai berus gincu.


12. SHADE SWEEPER BRUSH

Berus lebar berbulu padat ini sesuai untuk membaur eyeshadow pada keseluruhan mata. Sesuai digunakan bersama produk bertekstur krim atau cecair.


Bahan
Bahan Utama Bulu berus dari bulu sintetik nylon yang berkualiti tinggi CRUELTY FREE & VEGAN MAKEUP BRUSHES