Pore Filler + Mattifying Primer

  • RM38.00
  • Availability:In Stock
  • Product Code: PFP

  • Primer ringan bertekstur gel yang memberi kemasan matte pada solekan sekaligus membantu agar solekan kekal sepanjang hari dan tidak bercapuk.
  • Dirumus khas untuk membantu mengurangkan kilatan akibat wajah berminyak serta menyamarkan tampilan pori-pori pada wajah untuk kemasan solekan yang sempurna.
  • Diperkaya dengan formulasi bahan terpilih yang bukan sahaja membantu memberi kanvas wajah yang sempurna tetapi turut memberi kebaikan kepada kulit wajah.
  • Primer ini membantu mengawal pengeluaran sebum, melindungi kulit wajah, tidak akan menyumbat liang pori dan tidak menyebabkan iritasi kepada kulit.
  • Mengandungi Irvingia Gabonensis Kernel Butter atau lebih dikenali sebagai African Mango ini tinggi dengan anti oksida untuk melindungi kulit dari radikal bebas perosak kulit.  Irvingia Gabonensis Kernel Butter juga membantu mengawal pengeluaran sebum dan menyamarkan garis halus dan kedutan pada wajah. Ia juga membantu melindungi dan memperbaiki kulit dengan ‘film-forming’ agen yang membantu menjadikan kulit lebih gebu dan lembut.
  • Dengan kandungan Tocopherol atau lebih dikenali sebagai Vitamin E, Pore Filler + Mattifying Primer ini tinggi dengan anti oksida yang mampu melindungi kulit dari sinaran UV yang merbahaya dan radikal bebas perosak kulit. Tocopherol juga membantu untuk memberi lembapan pada kulit dan turut berfungsi sebagai agen anti penuaan pada kulit.
  • Pore Filler + Mattifying Primer ini mengandungi Cyclopentasiloxane. Cyclopentasiloxane ini sejenis silikon yang bersifat ringan dan lembut pada kulit yang akan membantu untuk memberi kanvas sempurna pada wajah sebelum solekan. Ia membantu untuk membuat solekan tahan lebih lama dengan formula kawalan sebum dan peluh.
  • Kandungan Beeswax dalam Pore Filler + Mattifying Primer membantu melindungi kulit dengan membentuk penghalang pada permukaan kulit untuk melindungi dari radikal bebas dan bakteria serta membantu mengekalkan kelembapan kulit. Beeswax juga mengandungi kandungan Vitamin A yang membantu melembut, menyegar dan melembap kulit. Bersifat anti inflamasi, anti bakteria dan anti virus, Beeswax ini membantu untuk mengelakkan kulit dari iritasi dan membantu mengekalkan kesihatan kulit serta menghalang pembentukan jerawat. 
  • Sesuai untuk kulit berminyak, kombinasi, pori besar, normal.
  • Bebas PARABEN
No Pendaftran : NOT180901626K

  • Ratakan pada seluruh wajah sebelum bersolek. Fokus kepada bahagian kulit yang berpori besar & T-Zone.
  • Tips:
                    -  Boleh digunakan sebagai eyeshadow primer.
                    -  Gunakan primer ini untuk mengawal minyak pada wajah jika tidak bersolek.
                   
Bahan
Berat 1.01oz / 30ml
Bahan Aktif C30 – 45 Alkyl Cetearyl Dimethicone Crosspolymer, Cetearyl Dimethicone Crosspolymer, Cyclopentasiloxane, Beeswax, Peg – 9 Dimethicone, Tocopherol, Irvingia Gabonensis Kernel Butter.