Brightening Series-Anti Ageing Moisturiser

  • RM45.00
  • Availability:In Stock
  • Product Code: BRM

  • Krim anti-penuaan mewah dengan tekstur pekat selembut baldu, meresap cepat ke dalam kulit tanpa rasa berminyak dan tidak meninggalkan rasa melekit.
  • Menggabungkan bahan-bahan terbaik seperti Paeonia Suffruticosa Root Extract, Scutellaria Baicalensis Extract, Saxifrage Sarmentosa Extract, Arbutin, Glutathione, Ascophyllum Nodosum Extract, Asparagopsis Armata Extract, Aminopropyl Ascobyl Phosphate dan Sodium Hyaluronate untuk menghidrat, menganjal, mencerah dan menyekatakan kulit secara menyeluruh
  • Paeonia Suffruticosa Root Extract (Chinese Tree Peony), ahli kimia mengenalpasti wujudnya aktiviti phenolic dan sterols di dalam kulit akar tumbuhan ini yang berkesan sebagai sumber anti-oksida. Kajian 2003 oleh Institute of Pharmaceutical di University Zhejiang, China menunjukkan Paeonol  menyekat aktiviti enzim tertentu dalam tubuh yang membantu memperlahankan kesan radiasi UV terhadap pembentukan pigmen sekaligus bertindak sebagai therapeutic agent untuk mengatasi masalah pigmentasi dan pencerahan kulit.
  • Scutellaria Baicalensis Extract (Chinese Scullcap), atau ‘The Golden Herb’ mengandungi pelbagai nutrient seperti amino acid, flavonoids, phenylethanoids, sterols, terpenes dan volatiles oils yang bagus untuk kulit. Terpenes dan volatiles oils berfungsi memutihkan kulit secara semulajadi. Flavonoids menyediakan perlindungan dari radiasi UV. Ia juga herba antioksida terkuat disebabkan oleh kandungan kompoun seperti Baicalin, baicalein, wogonin, oroxylin A, dan Skullcapflavone II yang banyak diekstrak dari akarnya.
  • Saxifrage Sarmentosa Extract, sejenis bunga yang berasal dari Asia dan diamalkan sebagai diet harian oleh penduduk Korea kerana kelebihannya terhadap kecantikan kulit. Bunga ini mengandungi tannin dan proanthocyanadin yang bertindak sebagai sumber antioksida, anti-penuaan dan anti-kedutan. Ia juga mengandungi keupayaan antiseptic, astringent dan pelembap semulajadi untuk meningkatkan keanjalan kulit. Selain itu, ia tmengandungi arbutin yang bertindak mencerah dan menyekatakan tona wajah.
  • Arbutin adalah sejenis molekul gula (Glucosylated Hydroquinone) yang diolah dari daun pokok bearberry, pear dan cranberry. Ia adalah agent pemutih wajah semulajadi yang bertindak dengan melepaskan hydroquinone perlahan-lahan melalui proses hydrolysis, yang menyekat aktiviti tyrosinase (enzim yang menghasilkan melanin) dan mengurangkan pembentukan melanin / pigmentasi pada kulit. Berbanding Hyrdoquinone asal, Arbutin tidak menyebabkan iritasi kepada kulit dan kurang sensitiviti terhadap cahaya matahari. Jadi ia lebih selamat digunakan.
  • Glutathione, adalah sejenis peptida semulajadi yang terhasil dalam tubuh manusia, gabungan daripada tiga blok amino asid – cysteine, glycine dan glutamine. Ia  merupakan sumber antioksida terkuat & berfungsi mengaktifkan agent – agent antioksida seperti Vitamin C, Vitamin E dan Lipoic Acid yang berfungsi meneutralkan radikal bebas. Gluthatione membantu menghilangkan pigmentasi dengan mengurangkan aktiviti melanin untuk hasil kompleksi wajah yang lebih cerah dan sekata.
  • Ascophyllum Nodosum (Knotted Wrack) Extract berasal dari lautan Atlantic Pristine, mengandungi 14 vitamin, 16 amino asid, iodine, iron, copper, potassium, magnesium, Vitamin A, B1, C, D dan E. Rumpai ini mengandungi algal carotenoids dan polyphenols yang terbukti sebagai antoksida terkuat. Ascophyllum Nodosum juga membantu menganjal dan melembapkan kulit serta mengembalikan keseimbangan ph dalam kulit dengan bertindak sebagai agen anti-penuaan dan anti-selulit. Ia bertindak bersama protein untuk membentuk gel yang memberi kesan hidrasi kepada kulit. Ia detoks, sekatakan tona wajah, dan membersihkan kulit. Ini membantu meransang pembaharuan sel baru, sekaligus melembap dan melembutkan kulit untuk kulit yang bebas kedutan.
  • Asparagopsis Armata (Red Algae) Extract, salah satu tumbuhan tertua di bumi yang diangkat sebagai “a powerful antioxidant” oleh www.seaweedindustry.com disebabkan oleh komponen anti-bakterianya yang hebat dan diiktiraf sebagai tumbuhan yang memiliki nilai tertinggi dalam produk kosmetik dan kecantikan. Kaya dengan antioksida, tumbuhan ini membantu melindungi sel kulit dengan menghalang daripada toksin dan radikal daripada memasuki badan agar badan mampu menghasilkan sel kulit yang lebih sihat.
  • Aminopropyl Ascobyl Phosphate (AAP) adalah sejenis kompoun yang terhasil dari Vitamin C, ia lebih efektif dari L-Ascorbic Acid kerana memiliki saiz molekul yang kecil untuk penyerapan maksima ke dalam kulit, tidak bertoksik dan selamat digunakan tanpa menyebabkan iritasi. AAP juga sangat berkesan dalam mengurangkan penghasilan melanin – penyebab utama tanda-tanda penuaan, melasma dan hiperpigmentasi. Selain terbukti lebih efektif dari ‘water soluble Vitamin E’ dalam melindungi dari radikal bebas ‘hydroxyl’.
  • Sodium Hyaluronate merupakan sejenis glycosamine, iaitu komponen yang sangat penting untuk kulit. Ia terdapat pada tisu kulit dan berfungsi menstabil dan memelihara kulit, menghasilkan sel-sel kulit baru dan kulit kekal lembap setiap masa. Sodium Hyaluronate bertindak dengan menarik dan mengekalkan kelembapan kepada kulit. Ia memiliki saiz partikel yang kecil untuk memudahkan penyerapan kedalam lapisan kulit bagi kelembapan yang maksima.


No Pendaftaran : NOT180804788K

    SIANG
    • Cuci wajah dengan Brightening Series Whitening & Moisturise Cleanser. Pam sedikit di tapak tangan. Buihkan dengan sedikit air. Urut lembut pada seluruh wajah selama 2 minit. Bilas hingga bersih.
    • Sapu Brightening Series Super Hyaluronic Acid Serum pada seluruh wajah.
    • Sapu Brightening Series Anti Ageing Moisturiser pada seluruh wajah serta leher dan biar ia meresap sebelum penggunaan produk seterusnya.
    • Semburkan Collagen Facial Spray pada wajah untuk melembapkan kulit. Sapu UV Defense Cream Hydrating Tinted Sunscreen pada wajah untuk perlindungan UV.

    MALAM
    • Cuci wajah dengan Brightening Series Whitening & Moisturise Cleanser. Pam sedikit di tapak tangan. Buihkan dengan sedikit air. Urut lembut pada seluruh wajah selama 2 minit. Bilas hingga bersih.
    • Sapu Brightening Series Super Hyaluronic Acid Serum pada seluruh wajah.
    • Sapu Brightening Series Anti Ageing Moisturiser pada seluruh wajah serta leher dan biar ia meresap sebelum penggunaan produk seterusnya.
    • Semburkan Collagen Facial Spray pada wajah untuk melembapkan kulit.
    • Sapu Soothing Gel pada seluruh wajah atau kawasan tertentu untuk melegakan kulit kering/mengelupas.






    Bahan
    Bahan Utama Water, Triethylhexanoin, Propanediol, Isononyl Isononanoate, Cyclomethicone, Dimethicone, Niacinamide, Sodium Polyacrylate, C18-21, Alkane, Trideceth-6, Paeonia Suffruticosa Root Extract, Scutellaria Baicalensis Extract, Saxifrage Sarmentosa Extract, Acetyl Tyrosine, Arbutin, Glutathione, Aminopropyl Ascobyl Phosphate, Hydrogenated Starch, Hydrolysate, Ascophyllum Nodosum Extract, Asparagopsis Armata Extract, Phenoxyethanol, Fragrance, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Sodium Hyaluronate, Tetrasodium, Ethylhexylglycerin
    Berat 1 oz @ 30 ml