Facial Scrub Collagen

  • RM29.00
  • Availability:In Stock
  • Product Code: FSC

Fungsi :
  • Skrub wajah dengan Hydrolyze Collagen & Vitamin B3 untuk melembapkan wajah dan meningkatkan keanjalan kulit disamping mencerahkan tona wajah. 
  • Turut mengandungi Stearic Acid yang berkesan menyingkirkan kotoran dari permukaan wajah tanpa menyebabkan kekeringan pada lapisan dermis kulit. 
  • Skrub wajah ini diformulasi dengan butiran manik halus untuk menanggalkan sel kulit mati tanpa menyebabkan hakisan & iritasi pada kulit sekaligus menjadikan khasiat produk yang disapu mampu menyerap sepenuhnya untuk hasil yang terbaik.
  • Kulit menjadi lebih lembut & halus dengan kesan serta-merta selepas penggunaan yang pertama untuk memudahkan proses exfoliasi bintik hitam serta bintik putih.
  • Penggunaan yang konsisten membantu memudarkan parut jerawat dan jeragat disamping menyekatakan tona wajah terutama selepas terdedah pada cahaya matahari (sunburn).
  • Stearic Acid – memiliki keupayaan membersih yang sangat berkesan. Ia bertindak sebagai ‘surfactant’, iaitu bahan yang mengurangkan kepekatan minyak yang terdapat pada kulit. Minyak memiliki kepekatan yang tinggi berbanding air, menyebabkan partikel air tidak dapat bercampur dengan larutan minyak. Dengan mengurangkan kepekatan minyak, stearic acid membolehkan air bercampur dengan molekul minyak dan menyingkirkannya dari kulit. Stearic acid membantu menanggalkan kotoran, peluh dan lebihan minyak dari rambut dan juga kulit. ia merupakan salah satu bahan terpenting dalam produk penjagaan wajah. 
  • Niacinamide – juga dikenali sebagai vitamin B3 dan nicotinamide, ia berfungsi mengecilkan saiz liang pori, menyekatakan tona wajah, memudarkan garis halus & kedutan, serta mengatasi kekusaman wajah. Ia juga mengurangkan kesan kerosakan persekitaran pada kulit yang menyebabkan penuaan kulit, kulit kusam dan tidak berseri. Penggunaan produk berasaskan niacinamide membantu meningkatkan keupayaan melembap untuk kulit bagi mengelakkan kulit kering, merekah atau bersisik. Kulit juga akan lebih cerah, kelihatan muda dan sekata. 
  • Hydrolyzed collagen -  kolagen yang telah melalui proses hydrolyze,  dipecahkan kepada molekul yang lebih kecil untuk memudahkan penyerapan ke dalam kulit. Kajian klinikal yang dilakukan oleh Peptan, menemukan bahawa pengambilam kolagen bersama Vitamin C membantu meningkatkan keanjalan kulit sebanyak 19%, kelembapan kulit 28% selepas 8 minggu dan memudarkan penampilan kedutan sebanyak 26% selepas 12 minggu. Sinaran UV merosakkan struktur kulit dan mengurangkan keanjalannya. Pengambilan peptida kolagen akan  meningkatkan jumlah kolagen dalam kulit untuk menghasilkan sel kulit yang lebih sihat. 

  • Basahkan tapak tangan dan wajah dengan sedikit air. Ambil Facial Scrub dengan tangan dan gosok kedua tapak tangan. Kemudian lakukan urutan lembut pada seluruh wajah di dalam 2 minit. Cuci hingga bersih.
  • Rawatan kulit normal : 3 kali seminggu
  • Rawatan kulit sensitif, kering dan jerawat : 2 kali seminggu



Bahan
Bahan Utama Water, Polyethylene, Paraffinum Liquidum, Stearic Acid, Cetyl Alcohol, Cetearyl Alcohol, Glyceryl Stearate, PEG-100 Stearate, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Fragrance, Phenoxyethanol, Triethanolamine, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Tetrasodium EDTA, Niacinamide, Hydrolyzed Collagen, Ethylhexylglycerin, CI 17200